BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 111 kes harian baru, 107 penularan tempatan

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Hari ini 111 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,687 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada 111 kes positif yang dilaporkan, 107 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Daripada itu terdapat 30 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,696 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat empat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,687 kes dengan 90.73 peratus kadar sembuh bersamaan 9,696 pesakit, manakala 133 kematian bersamaan 1.24 peratus.

Sehingga kini sejumlah 858 kes aktif pada kadar 8.03 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top