BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 11 kes harian, empat penularan tempatan

covid_19_coronavirus.jpg

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Hari ini mencatatkan 11 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,385 kes.

Daripada 11 kes positif yang dilaporkan, empat adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tujuh adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat sembilan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,092 kes.

Sementara itu terdapat empat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,385 kes dengan 96.88 peratus kadar sembuh bersamaan 9,092 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.36 peratus.

Sehingga kini sejumlah 165 kes aktif pada kadar 1.76 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top