BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 11 kes harian baru, sembilan penularan tempatan

DG_Hisham_25_Ogos.png

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Hari ini mencatatkan 11 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,285 kes.

Daripada 11 kes positif yang dilaporkan, sembilan adalah kes penularan tempatan dan bakinya, dua adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat enam kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,971 kes.

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,285 kes dengan 96.62 peratus kadar sembuh bersamaan 8,971 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 189 kes aktif pada kadar 2.04 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top