BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 11 kes baru hari ini, tiga penularan tempatan

Covid-19-Coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Hari ini mencatatkan 11 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,114 kes.

Daripada 11 kes positif yang dilaporkan, tiga adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lapan adalah kes import.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat lapan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,817 kes.

Sementara itu terdapat  seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tidak memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,114 kes dengan 96.74 peratus kadar sembuh bersamaan 8,817 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 172 kes aktif pada kadar 1.89 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top