BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 101 kes harian baru, kes terkumpul 11,135

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Hari ini 101 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 11,135 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada 101 kes positif yang dilaporkan, 97 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Daripada itu terdapat 50 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,939 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat 13 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 11,135 kes dengan 89.26 peratus kadar sembuh bersamaan 9,939 pesakit, manakala 134 kematian bersamaan 1.20 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,062 kes aktif pada kadar 9.54 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top