KUALA LUMPUR, 3 OKT: Hari ini 317 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 12,088 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan, terdapat satu kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 137 kes.
Dalam pada itu kesemua 317 kes positif yang dilaporkan adalah kes penularan tempatan.
Terdapat 121 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,216 kes.
Sementara itu terdapat 29 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 12,088 kes dengan 84.52 peratus kadar sembuh bersamaan 10,216 pesakit, manakala 137 kematian bersamaan 1.13 peratus.
Sehingga kini sejumlah 1,735 kes aktif pada kadar 14.35 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini