KUALA LUMPUR, 26 JUL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, satu kes kematian baru akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kepada 124.
Kes kematian ke-124 itu merupakan kes ke-8743 melibatkan perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.
Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai 2020 serta mendapat rawatan pada 9 Julai 2020 dan dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.
Ujian COVID-19 didapati positif dan keadaannya didapati merosot kemudiannya semakin tenat.
Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2020 jam 12.04 pagi.
Dalam pada itu hari ini mencatatkan 13 kes baru positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,897 kes.
Daripada 13 kes tersebut, sepuluh daripadanya adalah penularan tempatan dan bakinya adalah kes import.
Sementara itu hanya enam kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,600 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,897 kes dengan 96.66 peratus kadar sembuh bersamaan 8,600 pesakit, manakala 124 kematian bersamaan 1.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 173 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini