BM | EN | 中文

Covid-19: Saringan komuniti di Taman Sri Muda anjuran k’jaan Selangor, hampir 2,000 turut serta

Covid-19-Taman-Sri-Muda-saringan-Selangor.png

Orang ramai menjalani Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri Taman Sri Muda, Shah Alam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 8 JAN: Hampir 2,000 individu menyertai program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran kerajaan Selangor dalam tempoh dua hari penganjurannya di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Pengurus Klinik Selcare Mohd Noor Md Nasir berkata seramai 947 penduduk dari kawasan sekitar disaring semalam dan hampir 1,000 orang lagi pada hari kedua.

“Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dikendali oleh 35 petugas kesihatan Klinik Selcare dibantu Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Kit ujian tersebut digunakan dalam program Saringan Komuniti Taman Bayu Perdana dan Meru, Klang hujung tahun lalu bagi mengesan jangkitan Covid-19 kurang 30 minit.

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar secara percuma di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lalu bagi membendung penularan wabak.

Langkah itu juga bagi memastikan kadar jangkitan bawah paras lima peratus yang ketika ini pada tahap tujuh hingga 25 peratus.

Advertisement

Hari ini, Selangor mencatatkan 1,086 kes baharu dan sembilan lagi kematian disebabkan wabak itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top