BM | EN | 中文

Covid-19: Saringan besar-besaran kepada pemastautin dan rakyat Johor perlu dibuat – Adun Semerah

mohd-khuzzan-abu-bakar.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 MEI: Program saringan besar-besaran (mass testing) secara percuma kepada bangsa Johor serta mereka yang bermastautin dan bekerja di sini perlu dibuat, kata Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Kata Khuzzan langkah itu perlu dibuat susulan peningkatan mendadak jumlah kes baharu Covid-19 di negeri Johor iaitu sebanyak 699.

“Data ini menunjukkan peningkatan 212 peratus daripada jumlah kes sejak tiga hari lepas iaitu 224 (16 Mei), 391 (17 Mei) dan 407 (18 Mei).

Advertisement

“Perkara ini menuntut kepada dua pelan tindakan dan pelaksanaan segera oleh kerajaan negeri bagi membendung krisis:

“Pertama, pembelian, pemerolehan dan pengagihan vaksin secara menyeluruh kepada rakyat bangsa Johor dengan keutamaan golongan sasaran utama seperti frontliners, kakitangan awam dan warga emas.

“Kedua, program saringan besar-besaran secara percuma ke atas bangsa Johor serta mereka yang bermastautin dan bekerja di sini,” kata Khuzzan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dengan 6,075 kes baru.

Sebelum ini, rekod kes harian tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu dengan 5,728.

Hampir separuh kes baru (48 peratus) direkodkan di Lembah Klang dengan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes.

Advertisement

Johor mencatatkan 699 kes, diikuti Kuala Lumpur (660 kes) dan Kedah (445 kes).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top