BM | EN | 中文

COVID-19: Saring guru dan kakitangan, kelas ‘online’ perlu diaktif sebaik sekolah ditutup akibat penularan

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 20 MAC: Kementerian Pendidikan harus menetapkan dasar jelas dengan mengadakan kelas atas talian sebaik mendapati kes positif COVID-19 dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata suatu prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan susulan penutupan beberapa sekolah secara automatik selama dua minggu.

“Kementerian Pendidikan harus menetapkan dasar yang jelas bahawa, apabila terdapat guru dan kakitangan sekolah yang disahkan positif, semua guru dan kakitangan sekolah berkenaan perlu menjalani ujian saringan Covid-19. 3.

Advertisement

“Hanya dalam masa dua minggu, banyak sekolah telah mempunyai kes jangkitan.

“Kementerian Pendidikan harus mengumumkan berapa banyak sekolah di seluruh negara yang telah mempunyai kes positif, serta rantaian
dan sebab penularannya,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Terbaru di Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKN) mengesahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka, Tampoi, diarah tutup sehingga 25 Mac ini, berikutan wabak COVID-19 dikesan di sekolah berkenaan.

Advertisement

Manakala lebih dari 90 peratus pelajar SJK(C) Ming Terk di Gelang Patah tidak dapat hadir ke sekolah setelah dua orang guru telah disahkan positif.

Justeru itu kata Chong Sin, beberapa langkah dicadangkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di sekolah, selain penyediaan peralatan bagi menjalankan kelas online perlu disediakan.

“Sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi harus mengadakan penyiaran kelas secara langsung pada masa yang sama, bagi membolehkan pelajar memilih untuk belajar di sekolah atau di rumah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top