BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod tertinggi dengan 1,884 kes, dua kematian, kes aktif 13,842

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 337 kes.

Sementara itu jangkitan harian sebanyak 1,884 direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 56,659.

Daripada 1,884 kes yang dilaporkan hari ini, 1,882 adalah kes penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Terdapat 883 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 42,480 kes.

Sementara itu terdapat 115 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 48 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 56,659 kes dengan 75 peratus kadar sembuh bersamaan 42,480 pesakit, manakala 337 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 13,842 kes aktif pada kadar 24.4 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top