KUALA LUMPUR, 16 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 4,029 kes dengan jumlah kumulatif 155,095 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 594 kes.
Daripada 4,029 kes yang dilaporkan hari ini, 4,021 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.
Dalam pada itu 2,148 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 117,375 kes.
Sementara itu terdapat 05 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 155,095 kes dengan 75.7 peratus kadar sembuh bersamaan 117,375 pesakit, manakala 594 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 37,126 kes aktif pada kadar 23.9 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini