BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod tertinggi harian dengan 2,234 kes

swab-testing-covid-19_malaysia_ujian_saringan_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Jangkitan harian kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi, iaitu sebanyak 2,234 kes, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah itu, 2,229 adalah kes penularan tempatan manakala lima kes import.

Dalam pada itu KKM memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 396 kes.

Advertisement

Sementara itu 1,112 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 66,236 kes.

Sementara itu terdapat 124 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 78,499 kes dengan 84.4 peratus kadar sembuh bersamaan 66,236 pesakit, manakala 396 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,867 kes aktif pada kadar 15.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top