BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod tertinggi harian baru dengan 5,728 kes, 13 kematian, kes aktif 47,388

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru tertinggi berjumlah 5,728 kes dengan jumlah kumulatif 209,661 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 13 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 746 kes.

Daripada 5,728 kes yang dilaporkan hari ini, 5,723 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,805 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 161,527 kes.

Sementara itu terdapat 319 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 120 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 209,661 kes dengan 77.04 peratus kadar sembuh bersamaan 161,527 pesakit, manakala 746 kematian bersamaan 0.36 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 47,388 kes aktif pada kadar 22.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top