BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod tertinggi harian baru dengan 5,725 kes, 16 kematian, kes aktif 45,478

rekod-5725.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru tertinggi berjumlah 5,725 kes dengan jumlah kumulatif 203,933 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 16 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 733 kes.

Daripada 5,725 kes yang dilaporkan hari ini, 5,718 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,423 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 157,722 kes.

Sementara itu terdapat 301 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 203,933 kes dengan 77.34 peratus kadar sembuh bersamaan 157,722 pesakit, manakala 733 kematian bersamaan 0.36 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 45,478 kes aktif pada kadar 22.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top