KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, empat kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 180 kes.
Sementara itu, hari ini mencatatakan 869 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, rekod tertinggi semenjak Covid-19 melanda negara menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 19,627.
Kesmua 869 kes positif yang dilaporkan hari ini, adalah kes penularan tempatan dan tiada kes import.
Terdapat 302 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 12,561 kes.
Sementara itu terdapat 91 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 19,627 kes dengan 64 peratus kadar sembuh bersamaan 12,561 pesakit, manakala 180 kematian bersamaan 0.92 peratus.
Sehingga kini sejumlah 6,886 kes aktif pada kadar 35.08 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini