BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod jangkitan harian tertinggi 2,525 kes, lapan kematian, kes aktif 23,598

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 2,525 kes dengan jumlah kumulatif 113,010 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 471 kes.

Daripada 2,525 kes yang dilaporkan hari ini, 2,512 adalah penularan tempatan dan 13 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,481 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 88,941 kes.

Sementara itu terdapat 131 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 113,010 kes dengan 78.7 peratus kadar sembuh bersamaan 88,941 pesakit, manakala 471 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 23,598 kes aktif pada kadar 20.9 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top