BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod harian tertinggi 3,309 kes, empat kematian, kes aktif 30,390

3309.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru tertinggi iaitu sebanyak 3,309 kes dengan jumlah kumulatif 141,533 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 559 kes.

Daripada 3,309 kes yang dilaporkan hari ini, 3,303 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,469 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 110,584 kes.

Sementara itu terdapat 190 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 83 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 141,533 kes dengan 78.1 peratus kadar sembuh bersamaan 110,584 pesakit, manakala 559 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 30,390 kes aktif pada kadar 21.5 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top