BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod harian tertinggi 3,027 kes, lapan kematian, kes aktif 25,211

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru tertinggi iaitu sebanyak 3,027 kes dengan jumlah kumulatif 128,465 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 521 kes.

Daripada 3,027 kes yang dilaporkan hari ini, 3,021 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,145 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 102,723 kes.

Sementara itu terdapat 142 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 63 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 128,465 kes dengan 80 peratus kadar sembuh bersamaan 102,723 pesakit, manakala 521 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 25,221 kes aktif pada kadar 19.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top