BM | EN | 中文

Covid-19: Rekod harian tertinggi 2,593 kes, empat kematian, kes aktif 24,347

COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baru tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes dengan jumlah kumulatif 125,438 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 513 kes.

Daripada 2,593 kes yang dilaporkan hari ini, 2,589 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,129 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 100,578 kes.

Sementara itu terdapat 141 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 67 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 125,438 kes dengan 80.2 peratus kadar sembuh bersamaan 100,578 pesakit, manakala 513 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 24,347 kes aktif pada kadar 19.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top