BM | EN | 中文

COVID-19: Rakyat Malaysia antara enam kes import tak bergejala di Singapura

tambak-johor.jpg

Gambar HIasan / Gambar Ehsan Media Corp

Advertisement

SINGAPURA, 12 DIS: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada tujuh kes import yang diumumkan semalam melibatkan seorang rakyat Malaysia berusia 44 tahun.

Dilabelkan sebagai kes 58527, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia telah diberikan notis duduk di rumah (SHN), demikian menurut MOH dalam data penuh yang dikeluarkan malam tadi.

Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan dan lima lagi kes import didapati tidak bergejala dan dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif.

Advertisement

Kes import yang bergejala pula membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 42 tahun yang pulang dari Indonesia.

Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan lapan kes baharu, dengan satu kes melibatkan penghuni asrama, menjadikan jumlah jangkitan kepada 58,305.

MOH telah mengklasifikasikan 1,525 kes yang dilaporkan sebagai import, 2,275 kes dalam komuniti dan 54,505 kes melibatkan penghuni asrama.

Advertisement

Kira-kira 99 peratus atau 58,192 kes telah sembuh sepenuhnya manakala 29 kes masih berada di hospital dan tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 55 pesakit bergejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 29 orang meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan COVID-19 dengan kematian terakhir dilaporkan pada 28 Nov dan dua kematian pertama di republik ini pada 21 Mac lepas.

Advertisement

Singapura telah menamatkan kluster terakhir iaitu asrama pekerja asing pada 25 Nov.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top