BM | EN | 中文

Covid-19: Pusat kuarantin di Kota Tinggi dan Batu Pahat mula digunakan

kota-tinggi-batu-pahat.png

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 APR: Pusat kuarantin di luar daerah Johor Bahru dan Kulai, iaitu di Kota Tinggi dan Batu Pahat bagi menempatkan mereka yang pulang dari Singapura telah mula digunakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan

Vidyananthan turut memetik laporan harian stesen kuarantin menerusi Pusat Kawalan Bencana (PKOB) negeri yang mendapati, sehingga jam 10 malam tadi (24 April) seramai 5,816 individu telah ditempatkan 46 stesen kuarantin yang telah diaktifkan di negeri ini.

“Jumlah terbabit melibatkan 5,732 orang awam temasuk warga Malaysia yang bekerja di Singapura, 65 pelajar yang pulang ke Malaysia dan 19 tabligh.

Advertisement

“Daripada jumlah keseluruhan terbabit, seramai 5,788 individu dikategorikan sebagai Individu Dalam Pemerhatian (PUS) manakala 28 yang lain dikategorikan sebagai Individu Dalam Siasatan (PUI),” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Semalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung pengurusan kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Menurut JKN Johor, ujian Covid-19 yang dilakukan di Singapura tidak lagi terpakai dan tiada lagi kuarantin di rumah bagi mereka yang mempunyai surat ujian negatif Covid-19 yang dibawa balik dari Singapura.

Advertisement

Dalam pada itu ketibaan warganegara, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dari Singapura yang memasuki negara ini perlu melalui pengimbas suhu.

“Sekiranya didapati tidak demam, saringan kesihatan akan dijalan sebelum individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pemerhatian (PUS) yang mempunyai penyakit kritikal dirujuk ke hospital ataupun dihantar ke pusat kuarantin.

“Sekiranya demam, individu yang memasuki negara ini akan terus dirujuk ke hospital,” menurut Vidyananthan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top