JOHOR BAHRU, 6 MAC: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menangguhkan program ‘JB Wake Up! Car Free Day’ untuk mengelak sebarang risiko penularan coronavirus (Covid 19).
MBJB dalam satu kenyataannya memberitahu, penangguhan tersebut adalah bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan dan penyebaran di kalangan orang ramai.
“Lanjutan pemakluman terkini berkenaan wabak Covid-19, MBJB mengambil keputusan untuk menangguhakn program JB Wake Up! Car Free Day yang dijadualkan berlangsung di Bandar Baru Uda pada 7 Mac 2020 (Sabtu).
“Pemakluman berkenaan penganjuran program JB Wake Up! Car Free Day akan datang pada bulan April akan diwar-warkan kepada warga bandar raya menerusi laman web dan laman sosial MBJB,” kenyataan MBJB dipetik.
Johorkini