BM | EN | 中文

COVID-19: Polis Johor tambah pasukan pemantau SOP kepada 500, mulai hari ini

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Polis Johor akan menambah pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada 500 mulai hari ini bagi melakukan pemeriksaan khususnya di rumah mereka yang diarah menjalani kuarantin kendiri dan asrama pekerja.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pemantauan ketat perlu dilakukan susulan lonjakan kes COVID-19 di Johor khususnya dalam kalangan pekerja asing.

“Kita mahu pastikan yang mana sepatutnya diarah duduk rumah (kuarantin), duduk di rumah. Kita akan minta data daripada Kementerian Kesihatan (KMM) untuk kita buat semakan terhadap mereka yang kena duduk rumah,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Terdahulu beliau melakukan pemeriksaan mengejut di kawasan asrama pekerja asing di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini semalam.

Beliau berkata sebelum ini, hanya terdapat 241 pasukan pemantauan pematuhan SOP yang turut disertai agensi lain digerakkan di seluruh negeri Johor.

“Jadi, kita tambah keanggotaan lagi menjadikan sehingga 500 pasukan dengan setiap pasukan dianggotai tiga orang yang diketuai seorang Inspektor polis bagi mengeluarkan kompaun,” katanya.

Advertisement

Ayob Khan berkata polis mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi untuk melakukan pemantauan terbabit termasuk menggerakkan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top