BM | EN | 中文

Covid-19: PN perlu cari formula baharu untuk kawal kadar kematian dan bunuh diri

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 JUL: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mencari formula baharu bagi mengawal kadar kematian akibat Covid-19 dan bunuh diri di Malaysia.

Menurutnya, jika tidak dikawal, kita akan melihat kadar kematian akibat wabak ini melepasi paras 10,000 korban dan rekod baharu untuk jumlah kes bunuh diri dalam tahun ini.

“Malaysia akan mencatatkan lebih daripada 10,000 kematian akibat Covid-19 kelak jika kadar korban nyawa semasa tidak dihentikan.

Advertisement

“Semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, kita menyaksikan 555 kematian akibat Covid-19 yang terkumpul.

“Setakat 29 Jun 2021, kita telah mencatatkan 4,553 kematian dalam tempoh darurat ini, membawa jumlah korban terkumpul akibat Covid-19 di negara kita ke 5,108 kematian — melonjakkan kedudukan negara kita di tempat ke-60 teratas dengan angka kematian tertinggi,” katanya, lapor Roketkini.

Kit Siang turut membangkitkan isu kadar bunuh diri yang semakin meningkat semasa krisis Covid-19 ini.

Advertisement

“Adakah terdapat program khas daripada kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan komuniti untuk menangani peningkatan dalam masalah kemurungan dan bunuh diri?” soalnya.

Menurut Kit Siang, angka kematian ini dapat dielakkan sekiranya tidak berlaku kesilapan dalam mengendalikan peperangan dalam melawan wabak Covid-19 di negara kita.

Oleh itu, Kit Siang menggesa Kerajaan PN untuk menamatkan darurat dan memanggil semula sidang Parlimen untuk membentuk gagasan dalam memenangi perang melawan Covid-19.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top