BM | EN | 中文

COVID-19: Perubahan SOP kelirukan rakyat – AWAN Johor

Norhayati-Bidin-AWAN-Johor-Wanita-Amanah.jpg
Advertisement

MUAR, 18 JAN: Kekerapan perubahan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada kehidupan orang ramai, kata Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin.

Katanya kenyataan yang sering bertingkah di kalangan menteri kabinet adalah mengelirukan dan rakyat tidak boleh dihukum sekiranya SOP yang ditetapkan kerajaan sentiasa berubah.

“Kita lihat dalam isu Ismail Sabri dan Anuar Musa yang menetapkan SOP berjoging di tapak awam, seorang kata boleh dan seorang lagi kata tak boleh.

Advertisement

“Apa yang berlaku sebenarnya? Kita sebagai rakyat akan pening dan perkara ini penting bagi pengetahuan rakyat jika tidak rakyat akan dihukum.

“Perlu tetapkan hanya satu saja SOP. Tak perlu ada pandangan kedua dan ketiga. Jangan nampak lemah dalam mengurus SOP yang ditetapkan,” tegasnya.

Katanya ia adalah gambaran bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah lemah.

Advertisement

“Sudah hampir setahun isu PKP ini melanda negara. Takkan tak boleh belajar dari pengalaman sebelum ini.

“Ini gambaran kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Apa yang kita desak adalah untuk tidak mengeluarkan SOP yang berubah-ubah sehingga membuatkan rakyat pening untuk patuh,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top