JOHOR BAHRU, 25 MEI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Johor menerima 141,538 permohonan Program Saringan Prihatin (PSP), sehingga 16 Mei lalu.
“Daripada jumlah keseluruhan terbabit, seramai 92,769 pekerja yang mendaftar adalah merupakan pekerja tempatan manakala selebihnya iaitu 48,769 melibatkan pekerja asing,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan pada 23 Mei.
Beliau turut memaklumkan seramai 3,982 pekerja telah menjalani ujian saringan Covid-19 menerusi pembekal servis yang dilantik iaitu BP Healthcare.
“Pekerja yang disaring melibatkan 3,684 warga tempatan manakala 298 lagi pekerja asing.
“Keputusan bagi kesemua pekerja yang disaring adalah negatif dan mereka dibenarkan untuk bekerja,” tambahnya.
PSP merupakan program ujian saringan Covid-19 bermula sejak 27 April yang dijalankan secara percuma bagi semua pencarum termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pada para majikan mahupun pekerja yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi talian hotline Perkeso iaitu 1-300-22-8000/02-426 45555/03-8091 5100 atau email kepada perkeso@perkeso.gov.my – Johorkini
Like, Subscribe, Follow & Share
Sokong portal media & berita dari Johor
Tepat – Informatif – Kreatif
Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV
Telegram https://t.me/johorkinimy
Twitter https://twitter.com/myjohorkini
Instagram http://instagram.com/johorkini.my
Website http://johorkini.my
Facebook http://facebook.com/jkini.my