BM | EN | 中文

Covid-19: Penularan di tempat kerja belum ditangani dengan baik – Adun Kemelah

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 24 FEB: Kerajaan mengambil yang masa begitu lama untuk membendung penularan Covid-19 khususnya melibatkan pekerja warga asing dan kawasan tempat kerja.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, situasi itu amat membimbangkan dan menunjukkan kerajaan masih belum dapat mengawal wabak Covid-19 dengan baik.

Dr Sulaiman merujuk laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 22 Januari 2020, 64.3 peratus dari 350 kluster baharu merupakan kluster berkaitan tempat kerja melibatkan industri perkilangan (35.6 peratus), (23.6 peratus) dan perkhidmatan (13.8 peratus).

Advertisement

“Sehingga kini Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang diwartakan pada 13 September 2020 masih tiada laporan terperinci tentang tahap penguatkuasaan dan pelaksanaannya.

“Singapura telah berjaya membendung gejala penularan Covid-19 khususnya di kalangan pekerja bukan warganegara yang berkerja di industri kerana mereka disediakan dengan tempat penginapan khas terasing dari warga tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, apabila parlimen tidak bersidang, isu keberkesanan dasar dan polisi kerajaan tidak dapat dibincangkan dan menteri seolah dapat mengelak dari dipertanggungjawabkan.

Advertisement

“Kita mendengar majikan tidak sanggup menempatkan pekerja warga asing mereka di hotel sebagai langkah sementara penempatan kerana kos penempatan dan pengangkutan yang begitu tinggi dan isu mengurus pekerja.

“Sedangkan rata-rata industri masih bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.

“Kerajaan seharusnya menjadi rakan strategik yang baik dengan pemain industri dengan membimbing mereka keluar dari kemelut ini,” ujarnya.

Advertisement

Dr Sulaiman yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, menteri sepatutnya memanggil pemain industri dan berbincang bagi memahami isu dihadapi, bukan menunggu majikan datang bertemu kementerian.

“Begitu juga dengan pelaksanaan Program Saringan Covid-19 Pekerja Asing (PSPA) yang berkuatkuasa 2 Februari 2021 ke seluruh negara.

“Siapakah yang memantau pelaksanaan dasar ini apabila menteri tidak lagi bertanggungjawab di Parlimen?

Advertisement

“Kita ada menteri dan timbalan menteri teramai dalam sejarah pentadbiran Malaysia. Sewajarnya mereka perlu dipertanggungjawab terhadap segala dasar dan pelaksanaan dasar yang telah dibuat.

“Janganlah mereka seolah berada di kayangan, darjat berbeza dengan rakyat jelata,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top