BM | EN | 中文

Covid-19: Peningkatan angka kematian di Johor membimbangkan – MP Bakri

yeo-bee-yin_bakri-johor-mestecc.jpg
Advertisement

MUAR, 29 OGOS: Peningkatan kes kematian akibat Covid-19 di Johor adalah membimbangkan, kata ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.

Berdasarkan paparan grafik yang dimuat naik di laman Facebook Bee Yin, peningkatan kes kematian akibat Covid-19 berlaku mulai pertengahan Jun sehingga kini walaupun kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) menurun.

“Kadar vaksinasi lengkap di Johor masih antara yang terendah di negara ini meskipun sebagai sebuah negeri maju di luar Lembah Klang,” kata Bee Yin.

Advertisement

Kata Bee Yin, sehingga 29 Ogos kapasiti katil wad ICU mencapai 90 peratus, iaitu 108 dari keseluruhan 160 katil.

Manakala penggunaan ventilator adalah 147 dari 174 dengan 110 daripadanya adalah kes Covid-19.

Justeru, Bee Yin menyeru agar kerajaan melipatgandakan usaha vaksinasi di Johor sebelum terlambat.

Advertisement

Menteri Kesihatan baru perlu lihat situasi Covid-19 di Johor

“Saya sudah memberi amaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, CITF dan kerajaan Johor untuk melihat situasi Covid-19 di Johor awal bulan ini.

“Tetapi setakat ini tiada usaha dilihat. Semoga Menteri Kesihatan yang baru, Khairy Jamaluddin memperhatikan situasi Covid-19 di Johor.

Advertisement

“Saya berharap kerajaan pusat tidak akan meminggirkan Johor dalam perang melawan Covid-19,” kata Bee Yin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top