BM | EN | 中文

Covid 19: Pengajian UTHM kampus Pagoh ditangguh hingga 19 Mac

UTHM.png
Advertisement

MUAR, 15 MAC: Sesi pengajian dan pembelajaran (PnP) Universiti Teknologi Tun Hussein bagi kampus Pagoh ditangguhkan sehingga 19 Mac ini.

Menurut kenyataan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Korporat universiti berkenaan, sesi PnP kampus Pagoh akan dimulakan secara dalam talian bermula 22 Mac sehingga 2 April.

Manakala bagi UTHM kampus Parit Raja, sesi PnP seperti kuliah turut akan dilaksanakan secara dalam talian serta-merta sehingga 2 April 2020.

Advertisement

Manakala bagi sesi pembentangan lisan pasca-siswazah dilaksanakan secara dalam talian dalam situasi tertentu.

“Bagi pelaksanaan pengajaran makmal/bengkel/amali boleh dilaksanakan seperti biasa, namun langkah-langkah pencegahan perlu diambil sebagaimana pemakluman yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa,” kenyataan tersebut dipetik.

UTHM turut menangguhkan aktiviti mobiliti pelajar inbound/outbound selain aktiviti akademik yang melibatkan orang awam atau pelajar dari luar, tidak kira sama ada diadakan di luar atau dalam kampus.

Advertisement

“Garis panduan ini dikeluarkan bagi memastikan semua pihak maklum tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam menghadapi situasi semasa disamping untuk membendung wabak yang sedang berlaku dengan mengurangkan kontak antara pelajar dan staf.

“Di luar aspek PnP, semua staf dan pelajar perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambahnya.

UTHM turut meminta kepada para pelajar dan kakitangan memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan dari sumber rasmi UTHM sahaja iaitu dari pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat universiti tersebut.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan langkah tersebut diambil berikutan seorang kakitangan universiti itu disahkan positif Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top