BM | EN | 中文

Covid-19: Pemimpin perlu tunjuk contoh baik untuk cegah penularan – Adun Kemelah

pelitup-muka-face-mask-facemask.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SEGAMAT, 23 DIS: Kerajaan Johor dicadangkan mengambil langkah lebih berkesan dalam menangani isu peningkatan kadar jangkitan Covid 19 di negeri ini.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, tindakan lebih drastik perlu dibuat kerajaan agar penularan dapat dikawal dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama katanya, pemimpin terutamanya ahli politik dan pemimpin masyarakat perlu menunjukkan contoh baik dengan mempamerkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agar dicontohi orang ramai.

Advertisement

“Pemimpin masyarakat khususnya perlu menjadi contoh terbaik pada pengikut. Jika perlu dikenakan hukuman kerana kesalahan, maka sewajarnya diambil tindakan.

“Diharap semua dikenakan tindakan yang sama, tak kira seorang VIP, pemimpin atau rakyat biasa.

“Tidak adil jika rakyat didenda kerana mereka juga kadangkala tidak jelas SOP terkini yang perlu dipatuhi.

Advertisement

“Jika tidak, kedaulatan undang-undang dan peraturan hanya akan menjadi bahan momokan oleh rakyat” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menyampaikan penghargaan kepada penguatkuasa yang terdiri dari wakil Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Penerangan dan agensi dalam melakukan pemantauan SOP di tempat awam serta melakukan penguatkuasaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top