BM | EN | 中文

Covid-19: Pejabat parlimen Simpang Renggam, NGO hulur sumbangan

simpang-renggam.jpg

SIMPANG RENGGAM, 26 MAC: Pelbagai pihak terus menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban individu dan keluarga yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 di daerah ini.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen Malaysia (Peduli Rakyat), Ahmad Syafiq Othoman berkata pihaknya bersama anggota NGO berusaha membantu golongan asnaf, OKU dan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup

Menurut Ahmad Syafiq, bantuan tersebut amat diperlukan oleh penduduk memandangkan kebanyakan mereka bekerja sendiri dan menerima gaji harian.

“Ada antara yang kami bantu ini telah putus bekalan makanan selama dua hari, diharap dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Pejabat Parlimen Simpang Renggam juga memainkan peranan dalam memudahkan urusan sumbangan bantuan ini.

“Kami tidak akan berhenti disini, dengan kerjasama dan kepedulian daripada semua pihak kami berharap agar bantuan dan sumbangan ini terus sampai kepada golongan sasaran” katanya.

Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen Malaysia (Peduli Rakyat) dikenali di sekitar daerah Kluang sebagai NGO yang sering membantu penduduk sekitar terutamanya di daerah Simpang Renggam ini.

Sebelum ini, Peduli Rakyat turut membantu penduduk kampung yang terjejas akibat kejadian banjir penghujung tahun selain menyampaikan bantuan melalui program ‘back to school’ untuk golongan yang memerlukan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top