BM | EN | 中文

Covid-19: Orang ramai boleh menderma ke tabung khas KKM

KKM-Tabung-khas-Covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan semula akaun khas Covid-19, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai kepada kementerian berkenaan dalam usaha membendung penularan wabak itu.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, susulan pengaktifan semula akaun khas itu, Kementerian Kewangan meluluskan kemudahan potongan cukai bagi sumbangan tunai ke akaun itu, selaras Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau menjelaskan KKM tidak melantik sebarang pihak atau ejen bagi melaksanakan kutipan sumbangan tunai bagi kementerian itu.

Advertisement

“Pengaktifan semula akaun khas itu berikutan permintaan pelbagai pihak yang ingin membuat sumbangan tunai kepada kementerian ini susulan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir September lepas.

“Sumbangan tunai boleh disalurkan menerusi RHB Bank (nombor akaun: 2-66016-0002347-5) atas nama ‘Sumbangan Perubatan KKM’,” katanya dalam kenyataan semalam.

KKM turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang sudi tampil memberi sumbangan tunai kepada kementerian itu dalam usaha menangani pandemik itu.

Advertisement

Akaun Amanah Pembelian Alat Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Kemudahan Kesihatan KKM dilancarkan pada 23 Mac lepas, bagi membolehkan syarikat, NGO dan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi kegunaan barisan hadapan memerangi penularan Covid-19.

Pada 31 Mei, KKM menamatkan penerimaan sumbangan tunai berikutan penurunan kes positif Covid-19 dengan jumlah sumbang terkumpul sebanyak RM31,671,903.27.

Dr Chen berkata sehingga 30 Sept, sebanyak RM30,597,202.81 daripada jumlah sumbangan itu diluluskan untuk dibelanjakan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah KKM bagi membeli alat kelengkapan perubatan seperti ventilator, infra-red thermometer, ultrasound, katil pesakit, patient monitor dan reagen untuk ujian Covid-19 serta proses penghantaran pegawai KKM ke Sabah.

Advertisement

Beliau berkata baki sumbangan tunai akaun itu kini berjumlah RM1,074,700.46.

Sebarang pertanyaan dan pemakluman mengenai sumbangan tunai di bawah akaun amanah itu boleh menghubungi talian 03-88833111 atau melalui e-mel sumbangancovid19@moh.gov.my.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top