BM | EN | 中文

Covid-19: Negeri Perak kes tertinggi kluster rentas negeri dari 1 Jun – 16 Julai

tol-jalan-duta.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Negeri Perak mencatatkan jumlah kes kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun hingga 16 Julai lalu dengan lapan (8) kluster (38.1 peratus) diikuti Terengganu dengan lima (5) kluster (23.8 peratus) serta Kelantan dengan tiga (3) kluster (14.3 peratus).

Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laporan kes kluster komuniti bermula 1 Jun 2021, iaitu sejak permulaan pelaksanaan “Total lockdown” sehingga data pada 16 Julai 2021.

Menurut KKM sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.

Advertisement

“Kes-kes tersebut dikesan daripada sejumlah 72,755 individu yang disaring (kadar positiviti 23.5 peratus) melalui Active Case Detection (ACD) yang dijalankan di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) secara berterusan.

“Daripada jumlah 17,106 kes tersebut, 105 kematian telah dilaporkan sehingga kini dan 42 kes sedang mendapatkan rawatan di ICU,” menurut KKM.

Tambah KKM kluster-kluster itu tercetus susulan sambutan majlis perayaan yang lalu (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai), aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung, perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah-rumah yang berlainan serta majlis pengebumian.

Advertisement

Menurut KKM kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit diabetes atau kanser merupakan kumpulan yang sangat mudah terkesan dengan jangkitan COVID-19.

“Kita harus sedar bahawa sistem pertahanan tubuh mereka adalah lebih rendah dan membuatkan mereka mudah dijangkiti COVID-19.

“Tahap kesihatan mereka juga mudah merosot apabila dijangkiti COVID-19, sehingga ada yang boleh membawa kepada kematian.

Advertisement

Dalam pada itu, KKM merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk Malaysia yang telah bersungguh-sungguh dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan dan terus kekal duduk di rumah.

“Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri yang cuai dalam mematuhi SOP serta menyebabkan penularan kes atau kejadian kluster dalam komuniti.

“Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” menurut kenyataan KKM.

Advertisement

Laporan KKM di pautan berikut: https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/07/peringatan-kkm-bagi-sambutan-aidiladha2021

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top