BM | EN | 中文

Covid-19: MP Iskandar Puteri sokong penuh perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 11 JUN: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, beliau menyokong penuh langkah Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengadakan perbincangan khas bagi menangani keadaan Covid-19 di negara ini.

Veteran DAP itu dalam satu kenyataan berkata, setiap rakyat Malaysia yang setia dan patriotik harus prihatin dengan keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia, ketika banyak negara yang sebelum ini teruk dilanda wabak itu kini menunjukkan tanda-tanda pulih.

“Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu yang akan diadakan pada 16 Jun bagi membincangkan keadaan semasa wabak Covid-19 yang dianjur oleh Yang di-Pertuan Agong wajar mendapat sokongan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau politik, kerana keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia semestinya memerlukan keprihatinan kita semua, termasuk Raja-Raja Melayu.

Advertisement

“Kita telah kehilangan 3,536 nyawa akibat Covid-19. Berapa banyak daripadanya adalah kematian yang dapat dielakkan sekiranya kita dapat menangani wabak Covid-19 dengan lebih baik?

“Inilah sebabnya mengapa mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang akan diadakan bagi membincangkan situasi wabak Covid-19 di negara ini adalah suatu tindakan terpuji dan harus disokong oleh semua rakyat Malaysia,” kata Kit Siang.

Ujarnya, dua petunjuk mengapa Malaysia adalah negara terburuk menangani Covid-19 di Asia, antaranya Malaysia berkedudukan ke-85 pada 18 November 2020, iaitu antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi, namun kedudukan itu merosot tujuh bulan kemudian.

Advertisement

“Negara kita kini berada di kedudukan ke-39 – naik 46 tangga. Malaysia dijangka akan berada di kedudukan ke-38 dalam tempoh seminggu untuk mengatasi Austria.

“Malaysia adalah antara sepuluh negara teratas dengan jumlah kes per sejuta penduduk tertinggi selama dua minggu dari 24 Mei hingga 6 Jun,” katanya lagi.

Sepuluh negara teratas adalah Bahrain, Uruguay, Colombia, Suriname, Chile, Kuwait, Mongolia, Oman dan Namibia dengan Malaysia di kedudukan ke-8.

Advertisement

Kata Kit Siang, Malaysia mencatatkan lonjakan kes dengan rekod baru untuk peningkatan kes baharu harian Covid-19 iaitu 9,020 kes pada 29 Mei dan peningkatan kes kematian baharu harian Covid-19 dengan 126 kematian pada 2 Jun.

Ia katanya merupakan amaran bahawa Malaysia diramal bakal mnecapai 13,000 kes setiap hari pada pertengahan Jun dan jumlah kematian 26,000 menjelang September.

“Pada tahun pertama wabak Covid-19 mengganas, kita semua bersetuju bahawa negara-negara terburuk dalam menangani wabak Covid-19 adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis, Sepanyol, Brazil dan Mexico.

Advertisement

“Tetapi jika rakyat Malaysia ditanya selepas lima bulan darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 tentang negara mana yang mempunyai prestasi terburuk dalam menangani wabak Covid-19, mereka akan memikirkan Malaysia dan India,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top