BM | EN | 中文

Covid-19: Menurun ke angka tunggal, sembilan kes positif hari ini

covid-19-coronavirus-graphic-img.png

Grafik Ehsan chla.org

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JUL: Hari ini mencatatkan sembilan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,764 kes.

Daripada sembilan kes baharu hari ini, lima kes adalah penularan tempatan dan empat import.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan kekal 122 kes.

Advertisement

Sementara itu lima kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,546 kes.

Sementara itu hanya seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,764 kes dengan 97.51 peratus kadar sembuh bersamaan 8,546 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 96 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top