BM | EN | 中文

Covid-19: Menteri Kesihatan baru perlu kongsi data, laksana dasar “keseluruhan kerajaan” – Chin Tong

liew_chin_tong_dap.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Menteri Kesihatan kerajaan yang baru yang akan ditubuhkan perlu berkongsi maklumat dan data terperinci selain tidak menjalankan pendekatan yang terpusat kepada Kementerian Kesihatan semata-mata bagi menangani pandemik Covid-19.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, perkongsian data terperinci dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Selangor, antara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 adalah perlu.

Selain itu katanya, Menteri Kesihatan kerajaan yang baru tidak boleh cenderung untuk mengecualikan hospital swasta dan doktor swasta dalam usaha memerangi Covid-19.

Advertisement

“Saya berharap menteri kesihatan yang baru dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kata Chin Tong, pengarah kesihatan kerajaan baru juga perlu lebih jujur dalam memberikan panduan mengenai risiko berhubung keputusan yang dibuat kerajaan.

Antaranya pelaksanaan pilihan raya negeri Sabah pada September 2020.

Advertisement

“Pada bulan-bulan pertama pertempuran Covid-19 Malaysia tahun lalu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilihat sebagai wira negara.

“Namun, rakyat mula mempersoalkan kredibiliti ketua pengarah ketika dia gagal menangani isu mereka yang pulang dari Sabah selepas PRN pada September 2020.

“Sudah tentu, kami mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham atas sumbangan awalnya, tetapi dia membuat beberapa kenyataan yang menyebabkan akibat besar,” kata Chin Tong lagi.

Advertisement

Selain itu katanya, keputusan pengarah KKM itu selama berbulan-bulan sebelum ini yang menolak kaedah ujian antigen RTK secara besar-besaran telah memperlahankan proses saringan dan ujian.

“Sehingga sekarang, ujian dilakukan Malaysia terlalu sedikit. Kita perlu menguji sekurang-kurangnya 300,000 orang atau 1 peratus daripada populasi kita setiap hari.

“Satu-satunya pergantungan kita adalah kepada lockdown untuk memerangi Covid-19, yang merupakan resipi standard Dr Noor Hisham – yang menjadi penyumbang kepada masalah ekonomi yang besar,” kata Chin Tong lagi.

Advertisement

Dalam kenyataan sama Chin Tong turut mencadangkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diletakkan di bawah kuasa menteri dan menjawab terus kepada parlimen agar lebih telus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top