BM | EN | 中文

Covid-19: Mengapa kadar vaksinasi di Johor menurun? – Adun Skudai

Tan-Hong-Pin.jpg

Adun Skudai, Tan Hong Pin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JUN: Penurunan purata kadar vaksinasi Covid-19 menurun kepada tujuh peratus diantara 18-25 Jun (15,855 dos) berbanding 11-18 Jun (17,532 dos) menimbulkan persoalan.

Adun Skudai Tan Hong Pin berkata, sekiranya dasar agihan vaksin berpandukan sains dan data, kenapa bekalan begitu terhad untuk Johor.

“Pada hari Khamis, jumlah dos yang diberi di seluruh negeri Johor hanya 17,594 dos terdiri daripada 10,222 dos pertama dan 7,372 dos kedua.

Advertisement

“Semalam, jumlah dos yang diberi di seluruh negeri Johor hanya 8,979 dos terdiri daripada 7,512 dos pertama dan 1,467 dos kedua.

“Berbanding dengan minggu lepas pada 14 Jun, 15 Jun dan 17 Jun, bilangan dos mencecah 20,000 setiap hari di mana 15,000 orang mendapat suntikan dos pertama.

“Memandangkan kes kumulatif positif Covid-19 di Johor antara tertinggi di Malaysia dan bilangan penduduk Johor yang ramai, kenapa bekalan vaksin begitu terhad untuk Johor? kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya, setakat 25 Jun, Johor menduduki tangga ketiga senarai kes positif kumulatif Covid-19 selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut rekod, kes di Johor telah mengatasi negeri Sabah di mana penduduknya lebih ramai dan pernah dilanda gelombang yang amat teruk disebabkan Pilihan Raya Negeri pada September 2020.

“Perkembangan demikian mendukacitakan rakyat Johor dan menimbulkan banyak persoalan.

Advertisement

“Apakah sebenarnya sebab-sebab Johor tidak dibekalkan vaksin yang cukup dan setimpal dengan bilangan penduduk yang ramai dan keadaan semasa Covid-19 yang amat serius berbanding negeri-negeri lain? ujarnya lagi.

Beliau turut membandingkan vaksinasi Sarawak yang memiliki bilangan penduduk 2.8 juta berbanding Johor 3.8 juta.

“Namun sejak awal bulan Jun vaksinasi di Sarawak semakin rancak dengan kadar purata 50,000 dos setiap hari. Sarawak lebih dua kali ganda cepat daripada Johor.

Advertisement

“878,626 orang ataupun 31.2 peratus penduduk Sarawak sekurang-kurangnya telah mendapat dos pertama manakala di Johor hanya 421,952 orang ataupun 11.1 peratus.

“Hampir semua warga emas di Sarawak telah mendapat vaksin termasuk mereka yang menduduki jauh di pedalaman.

“Ini adalah berita baik buat saudara kita di Sarawak. Tetapi di Johor dianggarkan masih ada 100,000 orang warga emas yang belum divaksin walaupun telah lama berdaftar,” kata Hong Pin yang turut, memaparkan rajah perbandingan.

Advertisement

Beliau berkata, kerap ditanya soalan “kenapa bapa atau ibu saya yang berusia belum lagi dapat tarikh temujanji”.

“Saya dan rakan-rakan cuba sedaya upaya menenangkan rakyat yang menunggu dalam kegusaran. Kami dari Pakatan Harapan juga mengambil inisiatif membantu rakyat dan Kementerian Kesihatan dengan mengumpul nama-nama warga emas dan diletakkan dalam senarai ‘backup’.

“Tetapi perkara pokok adalah pengurusan bekalan vaksin yang cekap dan pengagihan vaksin yang adil dan telus.

Advertisement

“Staf lapangan KKM memberitahu kami, “YB, vaksin untuk Johor terhad.” kata Hong Pin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top