BM | EN | 中文

Covid-19: Malaysia catat rekod harian tertinggi hari ini dengan 6,075 kes

6075.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dengan 6,075 kes baru.

Sebelum ini, rekod kes harian tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu dengan 5,728.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak keluar rumah jika tiada urusan penting dan patuh pada prosedur operasi piawai (SOP) jika terpaksa berbuat demikian.

Advertisement

“Kita tidak mahu berakhir dengan hanya dua pilihan, memilih siapa yang harus hidup atau sebaliknya,” katanya.

Hampir separuh kes baru (48 peratus) direkodkan di Lembah Klang dengan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes.

Johor mencatatkan 699 kes, diikuti Kuala Lumpur (660 kes) dan Kedah (445 kes)

Advertisement

Kebanyakan negeri dan wilayah melaporkan angka kes tiga angka.

Berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 18 Mei (semalam), tiada lagi zon hijau di semenanjung.

Pecahan negeri:

Advertisement

Selangor: 2,251 kes
Sabah: 160 kes
Johor: 699 kes
KL: 660 kes
Sarawak: 323 kes
Pulau Pinang: 183 kes
Negeri Sembilan: 189 kes
Kelantan: 441 kes
Perak: 220 kes
Kedah: 445 kes
Melaka: 122 kes
Pahang: 150 kes
Terengganu: 203 kes
Labuan: 14 kes
Putrajaya: 9 kes
Perlis: 6 kes

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top