BM | EN | 中文

Covid-19: Malaysia catat kes kematian tertinggi di ASEAN, Khairy perlu jelaskan

kit-siang-khairy-jamaluddin.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perlu membuat kenyataan pada hari pertama Belanjawan 2022 Isnin depan dan menjelaskan mengapa Malaysia mencatatkan lebih banyak kematian akibat Covid-19 berbanding mana-mana negara ASEAN sejak beliau memegang jawatan itu 51 hari lalu.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, beliau telah berkali-kali menggesa Khairy untuk menjelaskan kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia, tetapi beliau masih gagal berbuat demikian.

“Sekali lagi, saya menyeru Khairy untuk membuat Kenyataan Menteri pada hari pertama sidang Belanjawan 2022 pada hari Isnin, 25 Oktober 2021 yang akan datang menjelaskan mengapa Malaysia mencatatkan lebih banyak kematian akibat Covid-19 berbanding mana-mana negara ASEAN sejak beliau menjadi Menteri Kesihatan 51 hari yang lepas,” kata Kit Siang dalam kenyataan.

Advertisement

Semalam, Malaysia mencatatkan 5,516 kes baharu dan 76 kematian akibat Covid-19.

Difahamkan, buat pertama kali Malaysia mengatasi semua negara ASEAN dengan lebih banyak kematian baharu akibat Covid-19.

Antaranya Indonesia mencatatkan 28 kematian, Myanmar 28, Vietnam 72, Thailand 26, dan Filipina yang mencatatkan hanya lima kematian akibat Covid-19.

Advertisement

Tambah Kit Siang, dalam 51 hari selepas Khairy mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Ogos, Malaysia terus mendahului negara-negara ASEAN dengan mencatatkan kadar kematian akibat Covid-19 tertinggi.

Menurutnya, Malaysia merekodkan 11,756 kematian, berbanding 10,586 kematian di Indonesia, 7,647 di Filipina, 7,087 di Thailand, 10,352 di Vietnam, 3,157 di Myanmar, 801 di Kemboja, 191 di Singapura, 68 di Brunei, dan 33 kematian di Laos.

Malah katanya, rekod Malaysia dalam 51 hari agak buruk dibandingkan dengan India, yang mempunyai 42 kali ganda lebih ramai penduduk berbanding Malaysia.

Advertisement

Difahamkan India mencatatkan 14,252 kematian akibat Covid-19, berbanding 11,756 di Malaysia untuk tempoh daripada 30 Ogos.

“Apa yang lebih sukar diterima adalah apabila Malaysia juga kalah dengan negara-negara Asia yang lebih besar dalam 51 hari yang lepas, seperti Korea Selatan yang mencatatkan 414 kematian Covid-19, Jepun dengan 2,200 kematian dan China dengan sifar kematian.

“Khairy perlu menjelaskan perkara ini kepada semua rakyat Malaysia dan juga menyatakan bila beliau menjangkakan dapat menurunkan kadar kematian harian ini ke julat satu angka,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top