BM | EN | 中文

Covid 19: Malaysia catat kematian ke-21

coronavirus-1.jpg

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Kematian akibat wabak Covid-19 di Malaysia kini mencecah 21 orang, menurut kenyatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KKM, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

“Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini,” menurut KKM dalam kenyataan.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020.
Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi,” kenyataan KKM dipetik.

Johorkini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top