BM | EN | 中文

Covid 19: Malaysia catat kematian ke-15

nor-hisham-abdullah-kkm.jpg

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kematian akibat wabak Covid-19 di Malaysia kini mencecah 15 orang, menurut kenyatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi memaklumkan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

“Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703) yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

“KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top