BM | EN | 中文

Covid-19: Majikan di Johor disaran saring pekerja asing

pekerja-asing.jpg

Gambar Ehsan Sarawak Voice

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 MEI: Para majikan di negeri Johor disarankan untuk mengadakan saringan Covid-19 kepada pekerja mereka termasuk pekerja asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, ia bukan sahaja sebagai langkah untuk menyelamatkan sektor ekonomi, malah kepada kesihatan para pekerja di negeri ini.

“Justeru, saya ingin mengingatkan majikan-majikan di negeri ini agar mengambil usaha dengan melakukan saringan terhadap kesemua pekerja
asing bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu melibatkan pekerja asing,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan.

Advertisement

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah menjelaskan mengenai
satu kluster baharu membabitkan pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam kuster terbabit, seramai 10 kes positif Covid-19 melibatkan warga Nepal direkodkan pada 7 Mei lalu.

Manakala Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut berkata majikan perlu melihat peraturan baharu itu secara positif.

Advertisement

Ismail dilaporkan BH Online sebagai berkata, majikan ada dua pilihan iaitu jika ada seorang pekerja disahkan positif Covid-19, sama ada mereka perlu tutup perniagaan atau menyelamatkan satu yang positif atau keseluruhan kilang atau perniagaannya.

“Contohnya, kes di tapak pembinaan di Ampang, kita terpaksa tutup kerana ada kes positif Covid-19.

“Jika majikan tapak pembinaan itu buat ujian awal untuk Covid-19 sudah tentu kita tidak perlu tutup tempat itu dan hanya pesakit disahkan positif saja dirawat dan yang negatif boleh kembali bekerja,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top