BM | EN | 中文

COVID-19: Lima kes tempatan dari 13 kes harian baru

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 JUL: Hari ini mencatatkan 13 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,956 kes.

Daripada 13 kes baharu hari ini, lima adalah penularan tempatan dan lapan adalah kes import.

Terdapat hanya lima kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,612 kes.

Advertisement

Sementara itu dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,956 kes dengan 96.16 peratus kadar sembuh bersamaan 8,612 pesakit, manakala 124 kematian bersamaan 1.38 peratus.

Sehingga kini sejumlah 220 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top