BM | EN | 中文

Covid-19: Lima kes harian baru, kadar sembuh 97 peratus

DG-HIsham-KKM-3-Jul.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JUL: Hari ini mencatatkan lima kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,648 kes.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes.

Daripada lima kes baharu, dua kes adalah penularan tempatan bagi warganegara dan tiada kes bagi bukan warganegara.

Advertisement

Manakala tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam pada itu katanya sembilan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,446 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,648 kes dengan 97.66 peratus kadar sembuh bersamaan 8,446 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.

Sehingga kini sejumlah 81 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top