BM | EN | 中文

Covid-19: Lima kes harian baru, kadar sembuh 97 peratus

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Hari ini mencatatkan lima kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,663 kes.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 121 kes.

Daripada lima kes baharu, tiga merupakan kes import dan dua adalah penularan tempatan.

Advertisement

Kesemua kes positif hari ini melibatkan empat warganegara dan satu bukan warganegara. Satu kes bukan warganegara hari ini adalah kes import.

Dalam pada itu empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,465 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,663 kes dengan 97.71 peratus kadar sembuh bersamaan 8,465 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.

Sehingga kini sejumlah 77 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top