BM | EN | 中文

Covid-19: Lima kes harian baru dengan tiga kes import dan dua tempatan

DG-Hisham-KKM-6-Julai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 JUL: Hari ini mencatatkan lima kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,668 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 121 kes.

Daripada lima kes baharu dilaporkan, tiga adalah kes import, melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara.

Advertisement

Dalam pada itu 11 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,467 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,668 kes dengan 97.78 peratus kadar sembuh bersamaan 8,476 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.4 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 71 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top