KUALA LUMPUR, 15 JUL: Hari ini mencatatkan lima kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,734 kes.
Empat daripada lima kes baharu hari ini adalah kes tempatan. Manakala daripada empat kes tempatan ini, tiga adalah warganegara dan satu bukan warganegara.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 122 kes.
Sementara itu dua kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,526 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lima orang dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,734 kes dengan 97.62 peratus kadar sembuh bersamaan 8,526 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 86 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini