BM | EN | 中文

COVID-19: Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura

singapura-covid-19.jpg
Advertisement

SINGAPURA, 28 JAN: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 26 tahun adalah antara tiga kes import baharu bergejala yang dilaporkan di Singapura hari ini, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Dilabelkan sebagai Kes 59676, pemegang permit kerja itu tiba di sini dari negara asalnya, kata kementerian itu dalam data lengkap yang dikeluarkannya semalam.

Setakat 12 tengah hari semalam, Singapura merekodkan 25 kes import baharu dengan 22 daripadanya tidak bergejala sementara tiga lagi bergejala.

Advertisement

Lain-lain kes import adalah dari India, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu.

Tiada penularan jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,391 kes.

Kementerian itu berkata kesemua 25 kes import sudah dikenakan Notis Duduk di Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Advertisement

Tiada kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster keseluruhan kekal enam.

Setakat ini, 29 orang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di sini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top