BM | EN | 中文

COVID-19: Latihan di semua Pulapol dihenti sementara waktu – Bukit Aman

Polis-PDRM-Bukit-Aman.jpg

Gambar Ehsan NST

Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Sebarang jenis latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara diarah dihentikan buat sementara waktu bagi membendung pandemik COVID-19 di pusat itu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, meskipun sebilangan besar pelatih yang dilaporkan dijangkiti sebelum ini sudah pun sembuh, namun pemantauan berterusan masih diperlukan.

Pihaknya juga tidak membenarkan sebarang pergerakan keluar dan masuk ke pusat latihan berkenaan selain menghentikan semua aktiviti dan latihan sehingga situasi pulih sepenuhnya.

Advertisement

“Pelatih Pulapol Kuala Lumpur yang dikuarantin telah semakin berkurangan dimana ramai yang telah pun sembuh. Walaupun demikian, kita belum lagi melaksanakan latihan sepenuhnya lagi.

“Kita menunggu semua kembali pulih dan dalam masa yang sama kita telah pun bekerjasama dengan KKM dan kita telah membuat sanitasi di Pulapol Kuala Lumpur dan di Segamat,” katanya.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan beliau berkata demikian sewaktu Program Jualan Mega Frontliner untuk keluarga anggota PDRM di kawasan perumahan PDRM Setiawangsa di sini anjuran Pukat Care siang tadi.

Advertisement

2 Februari lepas, seramai 382 pelatih Pulapol Jalan Sultan Yahya Petra di ibu negara disahkan positif COVID-19.

Mereka yang dijangkiti termasuk 46 kakitangan yang bertugas di Pulapol.

Susulan itu Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan pemantauan situasi semasa di pusat latihan berkenaan.

Advertisement

Sementara itu Ramli berkata, pandemik COVID-19 telah menyebabkan pengambilan anggota polis baharu dikurangkan sebanyak hampir separuh tahun lepas.

Ia bagi memastikan segala SOP PKP dapat dipatuhi di semua fasiliti Pusat Latihan Polis atau Pulapol.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top